Pengenalan


1. Apa itu PEMBINA?

PEMBINA ialah sebuah persatuan yang berobjektifkan untuk membangun potensi para belia/beliawanis, menggilap kualiti kepemimpinan, memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik bagi melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.

2. Apakah visi PEMBINA?

Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui memulihara dan membangunkan belia Islam.

3. Apakah misi PEMBINA?

Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.
Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.
Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.
Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.
Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

4. Apakah objektif PEMBINA?

Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

5. Apakah aktiviti-aktiviti PEMBINA?

PEMBINA optimis dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti bersifat belia seperti perkhemahan, kursus dan seminar, forum, simposium, pertandingan media, penubuhan kumpulan nasyid, dan sebagainya.

6. Adakah PEMBINA menyediakan usrah atau halaqah iman?

Ya, PEMBINA ada menganjurkan dan menggalakkan ahli-ahli untuk mengikuti usrah. Walaubagaimanapun usrah tersebut tidak diwajibkan.

7. Adakah penubuhan PEMBINA sah dari sudut undang-undang?

PEMBINA ditubuhkan  pada September 2006 dan berdaftar dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM  2111/09. PEMBINA telah mempunyai 17 cawangan yang aktif di seluruh  Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

8. Adakah PEMBINA merupakan agen mana-mana parti politik?

Tidak. PEMBINA merupakan NGO yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Akan tetapi PEMBINA menganjurkan ahli-ahlinya cakna dengan perkembangan politik semasa samada diperingkat negara mahupun kampus.

9. Siapakah yang boleh menyertai PEMBINA?

Sesiapa sahaja yang berumur antara 18-30 tahun boleh menyertai PEMBINA.

10. Adakah PEMBINA mengenakan apa-apa bayaran bagi sesiapa yang ingin menyertai PEMBINA?

Ya, bayaran sebanyak RM5 sebagai wang komitmen ada dikenakan bagi setiap ahli baru yang ingin menjadi ahli PEMBINA yang sah. Walaubagaimanapun setiap ahli yang mendaftar akan mendapat semula ganjaran berupa kad keahlian dan potongan harga yuran bagi program-program yang dianjurkan oleh PEMBINA.