Pertandingan Video Keahlian dan Pertandingan Poster




Tema: Sertai Kami !

Tarikh: 25 April – 25 Mei 2012

Pemenang diumumkan pada 5 June 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)

Objektif
  1. Mempromosi keahlian PEMBINA dalam mencapai 34,000 ahli menjelang tahun 2013.
  2. Memupuk dan memperkasakan ilmu-ilmu multimedia di kalangan ahli PEMBINA.
  3. Memberi ruang untuk ahli PEMBINA mengekspresikan idea-idea kreatif dalam berkarya.
Pertandingan video keahlian

Objektif: Mengajak mahasiswa/i menjadi ahli PEMBINA.

Syarat penyertaan:
  1. Penyertaan terbuka kepada ahli dan bukan ahli dan setiap cawangan PEMBINA diwajibkan menghantar minimum 1 video.
  2. Video haruslah berdurasi selama 3- 5 minit
  3. Video yang dimuatnaik ke Youtube adalah dalam format.avi.
  4. Setiap hasil karya akan menjadi milik PEMBINA dan pihak PEMBINA berhak untuk mengedit, menggunakan dan menyebarkan hasil karya.
  5. Isi kandungan video haruslah
    • Menggunakan tagline yang standard; “Sertai Kami”
    • Penggunaan logo PEMBINA yang betul.
    • Menerangkan apa itu PEMBINA.
    • Memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PEMBINA.
    • Menyatakan manfaat menjadi ahli PEMBINA.
    • Mengajak mahasiswa/i menjadi ahli PEMBINA.
6.   Cara pengadilan :
    • Sila upload video anda di Youtube di channel masing-masing pada 26 Mei 2012 jam 9: 00 malam dan Private Message (PM) pautan video di Youtube ke FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia).
    • Tajuk video di Youtube adalah “PEMBINA- Sertai Kami [tajuk video]”.
    • Pengadilan bermula pada 26 Mei 2012 jam 9:01 malam pada dengan cara video tersebut mendapat LIKE terbanyak di Youtube.
    • Like video dilakukan di Youtube bukannya di FB.
    • Like video hanya berlangsung untuk satu minggu sahaja (26 Mei 2012 jam 9:01- 2 Jun 2012 jam 9:00). Like sebelum dan selepas tarikh dan masa ini tidak akan dikira sama sekali.
    • Hanya satu karya dari setiap peserta sahaja yang layak untuk menerima hadiah.
    • Pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)

Pertandingan poster

Syarat penyertaan:
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan setiap cawangan dikehendaki menghantar minimum 5 poster daripada tema- tema yang dipertandingkan.
  2. Setiap hasil karya akan menjadi milik PEMBINA dan pihak PEMBINA berhak untuk mengedit, menggunakan dan menyebarkan hasil karya.
  3. Kandungan yang wajib ada dalam poster adalah;
    • Tagline “Sertai Kami!”
    • Logo PEMBINA yang standard.
4. Cara penghantaran poster;
    • Poster dalam bentuk format asal (.psd, .ai, .ppt dan lain-lain).
    • Poster dalam format dalam saiz A4 dan resolution adalah 72pxls/inch.
    • Emelkan poster dalam format asal dan format JPEG ke  projekmedia@gmail.com dengan menggunakan subject: poster.
    • Pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)
5.  Tema yang dipertandingkan;
    • PEMBINA: Meneraju Arus Mahasiswa.
    • Ramadan Kareem: Bulan Bina Iman dan Takwa
    • Syawal: Kejayaan sebenar mukmin sejati
    • Erti sebuah kemerdekaan
    • Ucapan sempena konvokesyen mahasiswa/i PEMBINA.
    • Ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
    • Awal Muharam/ Puasa As syura
    • Ayat al Quran/ hadis- hadis pilihan.
    • Sirah tokoh-tokoh Islam pilihan.
 Hadiah
  1. Pemenang utama pertandingan video keahlian memenangi Galaxy Tab 10.1
  2. Pemenang bagi pertandingan poster memenangi hadiah wang tunai bernilai;
Pemenang pertama: RM100; Pemenang kedua: RM80; Pemenang ketiga: RM50