Beliau yang merupakan pakar bedah neuro di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Pengerusi I-Medik Terengganu turut menjelaskan tentang persepsi dunia hari ini yang hanya memandang kejayaan seseorang hanya pada harta yang dimiliki, pangkat dan status semata-mata.
Walaubagaimanapun, kejayaan yang sebenar terletak pada sejauh mana seseorang itu mengenali potensi diri dan bagaimana mereka memantapkan kekuatan spiritual untuk membina agenda menuju matlamat akhir kehidupan iaitu syurga Allah, tegas beliau lagi dalam slot pengisiannya di Dewan Dato' Razali Ismail, Akademi Kepimpinan GPMS Batu Rakit.
Justeru itu, beliau menyeru agar mahasiswa memperkemas agenda agar lebih jelas supaya tidak tersasar dari matlamat yang sebenar.
Siti Fatimah binti Abdul Mutalib,
Biro Media,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),
Kuala Terengganu
0 comments:
Post a Comment