Solat Sempurna Lahirkan Pelajar Berakhlak

Kuala Terengganu – “Indikator untuk menilai tahap solat kita telah disediakan oleh Allah melalui firmannya dalam surah Al Ankabut ayat 45 yang bermaksud, sesungguhnya solat  mencegah dari perbuatan keji dan mungkar…”



Tegas  Ustaz Faraddin bin Ibrahim pada slot Penghayatan Solat yang disampaikannya di Surau Destini Al-Raudhah, UiTM Chendering sempena Kem Pengukuhan Solat baru-baru ini.






Beliau yang merupakan guru Bahasa Arab di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit menjelaskan bahawa gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja hari ini adalah akibat daripada kurangnya penghayatan dalam solat sama ada dari segi makna mahupun perbuatan.


Para Peserta yang terdiri daripada pelajar Pra Diploma dan Diploma Sains Fakulti Sains Gunaan berpeluang mengenalpasti kesalahan umum solat dalam slot Pengukuhan Solat yang disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Awang Mat.


Menurut pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin ini, kesilapan-kesilapan dalam solat berpunca daripada kekurangan ilmu dan tiada usaha untuk memperbaiki mutu solat  pada diri individu itu sendiri.


Presiden Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA) Kuala Terengganu, Kamarul Azizan b Abd Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UiTM Chendering kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan program ini dalam ucapannya di majlis penutup.




disediakan oleh

Mohd Ikram b Zulkipli
Setiausaha 
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Cawangan Kuala Terengganu