Alhamdulillah, jutaan syukur
dipanjatkan pada Allah s.w.t
kerana memberikan peluang dan ruang kepada PEMBINA untuk melebarkan
sayapnya. Saudara Ibrahim bin M Hasan, presiden Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA)
telah dijemput sebagai panelis Forum Cakna Ekonomi anjuran Fakulti Pengurusan
Perniagaandan Perakaunan (FPPP) Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA).
Forum ini mengupas tentang kesan dan implikasi bajet 2013 ke atas pembangunan
Islam di Malaysia. Perbincangan ini turut menampilkan panelis dari UniSZA yang
terdiri daripada pensyarah FPPP iaitu Dr ahmad Azrin bin Adnan dan Prof Madya
Zunaidah binti Sulong. Ketiga-tiga panel sebulat suara mengatakan terdapat
kelebihan dan kekurangan pada bajet 2013 yang telah dibentangkan pada bulan
September lalu.
Saudara Ibrahim menegaskan bahawa isu ekonomi banyak memberikan
kesan kepada gaya hidup dan perkembangan sahsiah kepada para belia. Pemberian
rebat RM200 kepada golongan belia untuk memiliki telefon pintar dilihat releven
kerana keperluan masa kini yang menuntut belia untuk bergerak pantas dalam
mengakses maklumat bagi memperkayakan pengetahuan. Walaubagaimana pun, para
belia perlu bijak mengawal diri dalam kepesatan teknologi hari ini. Jika
kemudahan yang disediakan digunakan untuk berhibur semata-mata, maka peruntukan
tersebut tidak akan menyumbang apa-apa terhadap
pembangunan islam.
Di bidang pendidikan, 38.7 bilion ringgit
telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus
dan pembangunan. 400 juta ringgit akan disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan,
100 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 100 juta ringgit Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil, 100 juta ringgit Sekolah Mubaligh, 100 juta ringgit
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 100 juta ringgit Sekolah Berasrama Penuh dan
100 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA. Saudara Ibrahim berpendapat
bahawa terdapat sedikit ketempangan pada pembahagian tersebut di mana jumlah
peruntukan kepada sekolah agama sama dari segi jumlahnya dengan sekolah jenis
kebangsaan dan sekolah mubaligh sedangkan peratusan penganut Islam di Malaysia
lebih dominan iaitu 54% berbanding penganut agama lain.
Perumahan selesa dan mampu milik adalah keperluan asas
yang utama. Tidak dinafikan, suasana dan persekitaran rumah turut mempengaruhi
perkembangan sahsiah belia. PR1MA dilihat sedikit sebanyak dapat membantu
menyediakan suasana yg lebih baik. Tambah beliau lagi, peningkatan had
pendapatan peminjam perseorangan daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit
sebulan atau 10,000 ringgit sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri dalam Skim
Rumah Pertamaku memberikan manfaat kepada belia terutamanya bagi mereka yang
baru bekerja. Potongan 10% diberikan kepada pembayar PTPTN yang konsistan dan
20% bagi pembayar penuh dapat membantu para graduan menguruskan hutang mereka.
Ketiadaan bajet untuk program belia selain Festival
Belia Putrajaya dilihat tidak membantu perkembangan sahsiah dan jati diri belia.
Pendedahan belia kepada program-program hiburan bukanlah suatu langkah yang
bijak dalam usaha menyediakan minda kelas pertama. PEMBINA tetap dengan
pendirian membantah setiap program yang berunsurkan hiburan melampau.
Dalam sesi penggulungan, saudara Ibrahim menekankan
bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian. Inisiatif perlu diambil bagi
menangani masalah pengangguran dan kebolehpasaran graduan. Pelaksanaan bagi
setiap perancangan amat perlu agar selaras dengan slogan janji ditepati.
0 comments:
Post a Comment