Bangunlah!!!
buka mata dan hati
Wahai muslimin,
Palestin itu tanah milik kita,
Yang menangis terseksa di sana itu saudara kita,
Tapi,
Di saat orang-orang yang mereka cintai gugur
satu-persatu..
Pada ketika rumah yg mereka diami hancur menjadi
debu..
Di waktu anak-anak kecil terkorban sebelum matanya
melihat keindahan matahari esok…
Kita masih di situ…
Tenggelam dalam dunia individualistik..
menangis kerana tersingkir dari program realiti TV..
putus harapan kerana ditinggalkan kekasih hati..
kita tertewas dengan perang pemikiran yg telah lama
dilancarkan yahudi laknatullah..
Tak kenal diri sendiri, hilang jati diri..
Tak tahu,
yang mana
saudara sendiri dan yang mana
musuh yang mesti dijauhi
bangunlah muslimin!!!
kita ummat yang hebat andai hati kita satu..
penuhkan saff-saff di masjid yang kian sepi itu
supaya mereka gentar dengan kesatuan kita
Di
saat kita menikmati cuti umum bersama keluarga sempena awal Muharram, umat
Islam di Gaza dihujani dengan bom dan peluru. Bayangan
Tragedi Gaza 2008-2009 ke atas Gaza bakal berulang kembali. Tragedi ini juga
telah menyebabkan kesyahidan Ahmad Jabari, komander senior sayap bersenjata
Hamas di Semenanjung Gaza bersama pengawal peribadinya, Mohammed al-Hams dalam
serangan udara Israil ke atas sebuah kereta di bandar Gaza.
Sehingga kini (16 November 2011), Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah
syuhada meningkat kepada 13 orang termasuk dua kanak-kanak perempuan dan 30 orang
cedera. Kementerian tersebut menyeru dunia Arab dan Islam
serta pertubuhan antarabangsa untuk menghantar bantuan kecemasan ke Semenanjung
Gaza dan segera menghantar bekalan perubatan termasuk ubat-ubatan untuk kes
kecederaan serius.
Bagi umat Islam yang berada di luar Palestin, teruskan
membantu walau di mana kita berada. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah
:-
1.
Mendoakan
kesejahteraan umat Islam
2.
Mengamalkan bacaan Qunut nazilah
Qunut Nazilah boleh
dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia
dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika
berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih
salah satu dari cara-cara berikut:
· Membaca doa Qunut
sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
· Membaca doa Qunut subuh dan
diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
Jika para Imam tidak
menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut
sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas
solat.
Imam hendaklah memberitahu
para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan
bersama doa tersebut.
3.
Memboikot
produk-produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel
4.
Memberi
sumbangan kepada Palestin melalui pertubuhan-pertubuhan yang diiktiraf
Sempena Maal Hijrah, marilah kita tanamkan azam untuk
sentiasa mengambil tahu tentang hal ehwal muslimin di seluruh dunia dan
mendoakan keselamatan mereka. Semoga dengan kesatuan hati seluruh ummat dapat
menggentarkan kekuatan para musuh.
Disediakan oleh,
Siti Fatimah bt Abdul
Mutalib
Biro Media PEMBINA KT
Rujukan:
2.
Page facebook
:Dr Zainur Rashid Zainuddin
4.
Berita al-Hijrah
0 comments:
Post a Comment