Setinggi
kesyukuran ke hadrat ilahi atas izinNya kami dapat menghadirkan diri ke
Festival Beliawanis Nasional (FBN) yang diadakan di Auditorium Utama Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Gombak . Program ini dihadiri oleh
beliawanis dari seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Penyertaan dari Kuala Terengganu terdiri
daripada 75 beliawanis. Royal Medical College Perak telah mencatat penyertaan
berkumpulan paling tinggi iaitu seramai 90 beliawanis.
peserta FBN bersama panelis forum "Gaza, Kami Bersamamu" |
Majlis
dimulai dengan bacaan surah an-nisa’ diikuti dengan ucapan pengarah program
FBN, saudari Hamimah binti Ibrahim yang juga merupakan Ketua beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional(PEMBINA). Menurutnya, keadaan masalah sosial
dikalangan wanita yang kian tenat pada masa kini membuatkan PEMBINA rasa
terpanggil untuk mengadakan FBN agar dapat memberi kesedaran dan panduan kepada
para wanita khususnya beliawanis tentang kepentingan memelihara jati diri dan
mengamalkan cara hidup islam secara sempurna.
Turut
hadir dalam majlis tersebut adalah saudara Ibrahim bin M. Hasan, presiden
PEMBINA. Beliau menegaskan tentang peranan besar wanita dalam usaha melahirkan
dan mendidik generasi-genarasi hebat yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan
datang. Beliau juga ada mengulas tentang isu ‘Listen’ yang menjadi topik hangat
di media sosial masa kini. Beliau mengingatkan kepada para beliawanis bahawa
kekuatan wanita itu bukan terletak pada kelantangan bersuara tetapi kekuatan
wanita adalah pada kelembutan. Akhlak ketika berbicara dan memberi pandangan
perlu dititik beratkan.
Upacara
perasmian telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Mizan bin Hitam, Timbalan reaktor
UIAM. Beliau amat teruja dengan jumlah penyertaan yang begitu ramai bagi
program ilmiah seperti FBN. Hal ini kerana para belia pada masa kini lebih
gemarkan program berbentuk hiburan. Dalam ucapannya, beliau menasihati para
beliawanis supaya menjadi wanita yang hebat dan solehah kerana wanita sangat
berperanan dalam jatuh bangun seorang lelaki yang bergelar pemimpin. Beliau
juga memetik kata-kata Bapak Muhammad Nasir yang merupakan perdana menteri
Indonesia yang pertama iaitu, “seorang pemimpin tidak lahir di bilik-bilik
kuliah, tetapi pemimpin lahir dari kancah masalah. Berusaha mencari
penyelesaian, sanggup keluar dari kelompok rakan sebaya barulah dia menjadi seorang
pemimpin yang didokong oleh masyarakat”. Mutiara kata tersebut menaikkan lagi
semangat para beliawanis untuk terus bergerak aktif.
Program
ini diisi dengan pelbagai pengisian yang menarik dan berguna untuk persiapan
menjadi beliawanis yang hebat. Perkongsian dari panelis forum “Membina Jati
Diri, Memberi Inspirasi ini telah menyuntik semangat kepada seluruh beliawanis supaya
menjadi muslimah yang hebat di bidang kerjaya dan juga di institusi keluarga. Slot
penjagaan diri wanita memberi panduan kepada muslimah untuk tampil yakin dengan
imej profesional dan menepati syara’. Slot penyelenggaran kereta pula
memberikan informasi berguna supaya beliawanis dapat berdikari. Setiap slot
dalam FBN ini diselang-selikan dengan persembahan nasyid, boria dan sayembara
puisi yang turut dideklamasikan oleh ahli PEMBINA Universiti Sultan Zainal
Abidin.
Pada
sebelah petangnya pula, program dimulakan dengan bengkel kesihatan yang
membincangkan tentang kanser bagi wanita. Forum “Gaza, Kami Bersamamu sangat
menarik hati para beliawanis. Perkongsian tentang ketabahan dan kehebatan
rakyat Gaza dalam menghadpai kehidupan seharian yang sulit banyak memberikan
keinsafan. FBN diakhiri dengan acara kemuncak iaitu persembahan teater “Ibu
Partiwi”. Teater ini adalah simbolik kepada keadaan negara Malaysia pada masa
kini. Mesej yang disampaikan sangat menusuk ke hati. Masalah sosial masyarakat
yang kian tenat ditonjolkan dalam teater ini seperti gejala rasuah, buang dan
bunuh bayi, kecelaruan identiti, gejala rempit serta isu akidah iaitu tentang
fahaman syiah dan pluralisme. Setiap pelakon telah memainkan watak dengan
begitu berkesan sehingga berjaya menyentuh hati para penonton.
Secara
keseluruhannya program ini telah berjaya mencapai obejktif. Penekanan jati diri
muslim pada setiap belia amat perlu dititik beratkan agar tidak mudah
terpengaruh dengan pelbagai ideologi yang bercanggah dengan akidah Islam.
Mengamalkan cara hidup seperti yang dianjurkan Islam adalah penyelesaian kepada
setiap masalah sosial yang berlaku pada masa kini. Oleh yang demikian para
belia perlu kembali kepada Islam untuk menjadi seorang belia yang hebat.
Sebahagian Beliawanis yang Mewakili PEMBINA Kuala Terengganu |
0 comments:
Post a Comment