Dalam konteks seorang
mahasiswa terdapat beberapa pemberian yang dapat kita lakukan dengan mudah.
Antaranya adalah bersedekah. Para ilmuan ada mengatakan
bahawa sedekah yang paling afdal adalah sewaktu kita merasa
kedekut dan merasa tidak cukup dengan kurniaan Allah berbanding ketika merasa
tidak memerlukan wang ataupun ketika harta melimpah ruah. Sedekah bukan
hanya memberi duit semata-mata tetapi sedekah itu sifatnya menyeluruh
termasuklah mengorbankan masa ataupun tenaga untuk membantu orang lain.
Oleh itu sebagai seorang mahasiwa kita
mestilah bersikap prihatin terhadap masyarakat di sekeliling. Apabila mereka dilanda
kesusahan, kita telah bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan.
Terdapat suatu kisah tentang
penghargaan Allah bagi orang yang suka memberi iaitu kisah seorang umat pada
Nabi Musa.
Kisahnya
bermula apabila seorang umat Nabi Musa yang hidupnya sangat miskin sehinngga
pada suatu hari dia datang bertemu dgn Nabi Musa dan meminta Nabi Musa berdoa
kepada Allah supaya menjadikannya seorang yang kaya. Allah memakbulkan doa Nabi
musa. Allah memerintahkan Nabi Musa bertanyakan samaada dia mahu menjadi kaya
50 tahun pertama atau 50 tahun terakhir kerana umurnya hanya tinggal 100
tahun sahaja lagi.Umat Nabi Musa tersebut memilih untuk menjadi kaya 50 tahun
pertama kerana tak sanggup lagi untuk menjadi miskin.
Apabila Allah memberikan kekayaan kepadanya,
dia memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin dengan cara membeli
keperluan harian di gudang miliknya yang mempunyai banyak pintu. Tetapi orang-orang
miskin mestila mematuhi syarat iaitu hanya boleh mengambil keperluan untuk hari
tersebut sahaja dan mesti keluar dan masuk melalui pintu yang berbeza. Setiap
hari keperluan harian akan di tambah dari semasa ke semasa.
Kekayaannya terus bertambah dari hari ke
hari. Dia juga tidak pernah lupa untuk terus memberi dan menolong
orang miskin. Pada suatu hari barulah dia sedar bahawa tempoh 50 tahun
yang dijanjikan Allah telah terlebih 5 tahun. Maka datanglah dia datang bertemu
Nabi Musa untuk bertanya Nabi Musa mengapa Allah memberi kekayaan melebihi 50
tahun daripada janjinya. Maka Allah memberitahu kepada Nabi Musa bahawa Allah
malu untuk menarik balik kekayaan hamba tersebut kerana Allah hanya membuka 1
daripada 300 pintu rezeki kepadanya tetapi dia telah membuka beribu pintu
rezeki kepada umat miskin yang lain.
Selain itu, sifat pemurah yang
ditunjukkan oleh junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w juga patut dijadikan
contoh. Rasulullah memberi makan kepada seorang pengemis yahudi walaupun
pengemis yahudi tersebut sentiasa mengutuk baginda. Setiap pagi
Rasulullah SAW akan mendatanginya dengan membawakan makanan dan menyuapkan
pengemis itu tanpa berucap sepatah pun. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap
hari sehingga baginda wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan
kepada pengemis Yahudi buta itu sehingga Abu bakar bertanyakan kepada Aisyah
tentang sunnah Rasulullah yang dia belum lakukan. Setelah mendapat maklumat
daripada Aishah, Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu
memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya,
si pengemis marah sambil mengherdik,
"Siapakah kamu?".
Abu Bakar
RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya,
ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika
itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan
kemudian berkata,
"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia, "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya
bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi
seorang muslim.
Rasulullah adalah contoh tauladan yang
patut kita contohi. Allah menyanjung akhlak Rasulullah dalam
firmanNYA yang berartinya:
“Dan sesungguhnya engkau ( Muhammad) benar-benar berakhlak yang agung.” (Al-Qalam 4)
Hidup untuk memberi amatlah bermakna dalam kehidupan. Walaupun mungkin
pada mulanya pemberian itu nampak tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan
meninggalkan kesan pada hati sanubari dan diri seseorang.
Bak kata pepatah “ Jadilah
seperti pokok kurma, walau dilontar dengan batu, namun ia tetap memberikan buah
yang manis dan kebaikan pada hidupan sekeliling”.
Itulah sifat yang perlu ditanam pada diri setiap mahasiwa. Ayuh
mahasiswa kita mulakan langkah tahun baru dengan azam yang baru iaitu hidup
untuk memberi seperti Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud :
"Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima"
Sumber :
Disediakan oleh
Roziah binti Ghazi
Bendahari
PEMBINA Kuala Terengganu
0 comments:
Post a Comment