Ukhwah
fillah bukan sekadar persahabatan biasa, tapi persahabatan yang disandarkan
semata-mata kerana Allah s.w.t. Dalam
sebuah hadith Qudsi Allah s.w.t berfirman :
“ KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” ( Riyadhus Salihin )
a) syarat-syarat
dalam berukhwah :
- Ikhlas
- Bersama ukhwah adanya iman dan taqwa
- Melazimi ajaran Islam (amar makruf nahi mungkar)
- Nasihat-menasihati ke jalan Allah s.w.t.
- Tolong-menolong kerana Allah s.w.t.
b)
Ciri-ciri mereka yang berukhwah
kerana Allah s.w.t.
- Bersifat toleransi dan memaafkan.
- tidak meninggalkan atau menjauhkan diri daripada sahabat yang ditimpa kesusahan
- Berjumpa dengan wajah yang tersenyum.
- Bersahabat ikhlas kerana Allah s.w.t.
- Setia dan berbuat baik pada sahabat.
- Tidak mengumpat dan tidak menceritakan keburukan sahabat.
- Mengelakkan perselisihan pendapat,gurauan yang berlebihan dan tidak tepati janji.
- Bersifat pemurah dan muliakan sahabat
- Mendoakan sahabat.
c)
Bagaimana cara untuk mencapai
roh ukhwah?
Memberitahu kepada saudara yang dicintainya
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya
maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)
Berdoa untuk mereka
Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak
seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran
melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu”.
Berjabat tangan bila bertemu
Rasulullah s.a.w menyarankan pada umatnya bila bertemu dengan
saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang
diriwayatkan Abu Daud dari Barra:
“Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa
lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.
Memberi senyuman ketika bertemu
Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan
jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R
Muslim)
Mengunjungi saudara
Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi
Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku
orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana
Aku dan saling memberi kerana Aku”.
Menyampaikan ucapan selamat
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya
mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H
R Tabrani)
Memberi hadiah
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat
mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.
Memperhatikan keperluan sahabat
Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah
akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan
orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi
aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika
hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)
Tegakkan hak-hak persaudaraan:
Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara
lain,Seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan
menolong bagi yang dizalimi.Perkara tersebut adalah penting untuk menunjukkan
rasa cinta kasih kita pada sahabat kita sekaligus untuk mempereratkan ukhwah
bila kita laksanakannya betul-betul kerana Allah s.w.t.
Marilah kita renungi sejenak firmanNya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-anfal:63)
SubhanAllah manisnya ukhwah semata-mata kerana Allah. Saling
nasihat-menasihati, saling bertanya khabar, saling rindu-merindui..Setiap
pertemuan dan perpisahan semuanya kerana Allah.Semoga ikatan ukhwah ini
berkekalan hingga Jannah…
Disediakan oleh,
Masturah binti Nasir
Biro Ekonomi,
PEMBINA Kuala Terengganu
0 comments:
Post a Comment