PALESTIN KAMI DATANG





Pada 8 Mac 2013 bersamaan 25 Rabiul Akhir 1434 yang lepas, PEMBINA UniSZA telah mengadakan program Palestin Kami Datang. PEMBINA UniSZA telah mengundang saudara Maulana, atau nama penuhnya Muhammad Firdaus Maulana B. Mohamed, peserta Akademi Fantasia 8 yang menyertai Misi Solidariti Gaza (Msg'12) memberi pengisian tentang pengalaman yang dihadapinya ketika di Gaza serta menyampaikan info-info tentang Palestin dan Israel. Program ini diadakan di Surau Farabi UniSZA, kampus Gong Badak dengan kerjasama AJK Surau Farabi. 

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i UniSZA untuk sentiasa memahami penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin dan memberi info terbaru tentang keadaan rakyat palestin kepada mahasiswa/I serta membangkitkan kesedaran dan kepedulian mahasiswa/i terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin. Selain itu, program ini dapat menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki dan kita kecapi selama ini dan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya disamping membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan dan rakyat Palestin.



            Program Palestin Kami Datang berlangsung pada pukul 9 malam selepas pelajar solat isyak di surau habibah. Dimulakan dengan ucapan dari saudara pengerusi majlis lalu diserahkan kepada saudara Maulana untuk sesi pengisian yang telah menambat hati hampir 100 orang pelajar yang menghadiri program ini. Saudara maulana menceritakan perjalanan mereka di Gaza dan kehidupan rakyat Gaza yang begitu menyedihkan kerana sentiasa berada dalam situasi bahaya, sumber makanan yang terhad dan sebagainya. Rakyat palestin merupakan rakyat yang sangat ramah dan memuliakan tetamu dimana mereka mencontohi akhlak Rasulullah.

         Program Palestin Kami Datang berakhir pada pukul 10.30malam, diakhiri dengan sesi pertanyaan serta penyampaian cenderahati oleh Encik Kamarul Azizan bin Abdul Rahman, Pengerusi PEMBINA KT kepada saudara Maulana. Harapan Pembina UniSZA adalah agar isu palestin ini tidaklah menjadi isu bermusim sahaja sebagaimana apabila serangan besar berlaku barulah kita nak memberikan sokongan dan bantuan. Sentiasalah cakna isu-isu mereka terutamnya kita selaku generasi muda dan mahasiswa yang seharusnya lebih cakna dengan isu semasa