Eliana
sedang menyiapkan tugasan Biologi tatkala telefon bimbitnya bergetar
mendendangkan lagu PadaMu Ku Bersujud-Afgan. Satu pesanan ringkas terpapar pada
skrin. Eliana menoleh. Faris. Lambat-lambat dia menekan punat OK.
El, you free tak? Jom turun makan J -
Faris
Sorry Is, tengah busy – El
Ok,
take care ya – Faris
Senyap.
Lama Eliana merenung skrin telefonnya. Rasa bersalah bertamu dihati. Dia akui,
sejak mula mengikuti usrah bersama Kak Aliya, dia sudah jarang berhubung dengan
Faris. Dia bukan membenci Faris tetapi apabila mengenangkan pengisian yang
pernah diberikan oleh Kak Aliya, hatinya menidakkan untuk dia berhubung dengan
Faris. Meskipun begitu, Eliana tidak sanggup untuk melupakan apatah lagi
berpisah dengan Faris. Kak Aliya! Eliana teringatkan kak Aliya. Terus dia
menekan punat 3, panggilan terus ke nombor kak Aliya.
“Assalamualaikum, El. Sihat?”
“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, El
sihat.Akak?”
Akak ok, Alhamdulillah. Ada apa El call
akak ni?”
“Em, akak, El….nak bagitahu something kat akak” Degupan jantung El
melaju.
“Oh, ceriatalah, akak dengar.”
“Kak, El tengah couple dengan someone.
Kawan kolej El.”
Senyap....
“Akak, akak marah ke?”
Kak Aliya ketawa. “Kenapa akak nak
marah?
“Yela, sebab El couple.”
“El rasa salah tak?” Kak Aliya mula
menduganya.
“Mula-mula tu memanglah tak rasa, dah El
tengok kawan-kawan El pun couple.
Biasa je. Lagipun El dengan dia bukan buat apa, makan sama-sama, pergi study dekat library sama-sama, tu je.” Senyap.
“Sekarang?”
“Sekarang…., entahlah akak. Since El ikut usrah akak, El rasa tak
sedap hati. Tapi bukan El tak suka dia lagi. Bila akak cakap tentang Allah, El
jadi takut.” Mata Eliana mula panas. Seakan ada mutiara yang berguguran
“El, rasa cinta tu tak salah.” Eliana
sudah mula tersedu.
“Akak dulu pun pernah rasa apa yang El
rasa. Tapi akak jumpa jalan ni, jalan tarbiyah. Lagi mengejutkan bila akak tahu
lelaki tu masuk usrah juga sebab akak dah mula masuk usrah. Akak abaikan je.
Kalau dia betul jodoh akak, biar Allah yang temukan. El, Allah sayang El. Akak
pun sayang El. Akak faham apa yang El rasa. Tapi El kena banyak berdoa, minta
petunjuk Allah, biar Allah tunjukkan jalan terbaik untuk El.”
Eliana menelan liur. Terasa perit “Tapi
kak, El tak boleh lupakan dia.” Sedu lagi.
“El, akak tak paksa El. Memang susah
kita nak lupakan apalagi berpisah dengan orang yang kita sayang. El kena kuat
dan banyak berdoa ya.”
Senyap.
“Akak, thanks ya sudi dengar cerita El. Malu pulak rasanya cerita kat
akak.”
Ketawa. “El kan amanah akak, masalah El,
masalah akak jugak. Kalau ada apa-apa bagitahu je pada akak, ok?”
“Ya kak, terima kasih. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam”
Punat end call ditekan. Berderai lagi airmata El. Ya Allah, tunjukkan aku
jalan terbaik.
Sabtu
itu, usrah berjalan seperti biasa. Surau Pekan Gopeng lengang. Hanya mereka
berenam berkumpul di dalamnya. Masing-masing khusyuk mendengar pengisian
daripada kak Aliya. Sesekali tangan menulis nota-nota penting. Usrah kali ini
tamat lebih awal kerana kak Aliya perlu menziarahi neneknya. Seusai membaca doa
penutup, mereka bersalaman. “El, teman akak ke kereta sekejap,” bisik kak Aliya
sewaktu bersalaman dengan Eliana. Eliana sekadar mengekori langkah kak Aliya.
Pintu kereta
dibuka. Kak Aliya meletakkan begnya sambil mengeluarkan sebuah buku berwarna
putih. “Ada apa kak?” Tanya Eliana. Kak Aliya berpaling menghadap Eliana.
Tangannya yang memegang buku itu dihulurkan kepada Eliana. “Ni, akak belikan
untuk El masa akak turun Kl hari tu. El bacalah. Mungkin ada jawapan untuk
soalan El tu.” Buku bertukar tangan. Ditatapnya buku itu. Ya Allah, Aku Jatuh
Cinta karangan Burhan Sodiq. “Cantik. Terima kasih kak,” Eliana senyum
memandang kak Aliya. “Akak pergi dulu ya, assalamualaikum,” balas kak Aliya.
Enjin kereta dihidupkan. Selang beberapa ketika, kereta kak Aliya hilang dari
pandangan.
bersambung....
0 comments:
Post a Comment