PEMBINA simpati kepada perjuangan mahasiswa tanpa halatuju yang jelas








PEMBINA bersimpati kepada seorang bekas mahasiswa kerana ditahan reman oleh polis baru-baru ini disebabkan oleh tindakannya yang didakwa telah menghasut belia untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Pada awalnya mahasiswa tersebut telah digantung daripada universiti akibat perbuatan tidak sopan menurunkan bendera di hadapan PWTC dan menganjurkan perhimpunan haram di hadapan UPSI, kini dia terjerat dengan kata-katanya yang dilihat sebagai menghasut belia untuk melanggar undang-undang.

“Presiden PEMBINA ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata bahawa ia berpunca daripada semangat belia yang terburu dan tiada agenda perjuangan yang jelas. “Sebagai seorang belia dan mahasiswa, kita patut mempunyai agenda yang jelas dan matang dalam aktivisma kita. Bukan hanya menurut hawa nafsu yang mengenepikan wahyu dan akal fikiran yang waras. Semangat semata-mata kadangkala boleh menjerumuskan kita ke lembah kebinasaan”.

Tambah beliau lagi, ”Kita juga merasa simpati dengan mahasiswa yang terjebak dengan perjuangan tanpa agenda jelas. Sudahlah habiskan masa dengan sia-sia, ditahan polis pula. Akhirnya nilai intelektual mahasiswa itu terbazir sahaja tanpa mampu menyumbang kepada negara secara konstruktif.”

PEMBINA secara konsisten membangunkan jatidiri belia bagi melahirkan masyarakat yang mampu membangunkan negara berdasarkan secara positif dan berterusan.

Sumber: http://pembina.com.my