“Alamak, final exam… stressnya…”
“Ish.. Banyak lagi tak baca ni… macam mana nak exam ni..”
Dialog-dialog ini mungkin pernah meniti di bibir kepada sahabat-sahabat sekalian menjelang peperiksaan.
Ada yang mengambil keputusan untuk bersendirian selama tempoh peperiksaan untuk fokus kepada peperiksaan.
Ada yang menggantung papan tanda “DO NOT DISTURB” di tombol pintu bilik menandakan penghuninya tidak mahu diganggu untuk menumpu peperiksaan.
Ada yang mencari ketenangan untuk menelaah pelajaran di surau atau masjid kolej kerana rasa lebih nyaman dan tenang.
Pelbagai ragam yang dapat kita semua dapat lihat apabila musim peperiksaan.
Asrama dan gelanggang sukan yang dulu riuh rendah bertukar menjadi menjadi sunyi sepi.
Perpustakaan menjadi tempat tumpuan yang paling hangat kepada para pelajar.
Hakikat Ujian
Kenapa perlu ada peperiksaan atau ujian?
Hakikatnya, kehidupan dunia ini adalah ujian.
Ujian adalah salah satu nilai tambah untuk diri kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.
Masakan tidak, orang yang berjaya melepasi sesuatu ujian, dia menjadi lebih kuat daripada sebelumya.
Begitu jua dengan adanya peperiksaan, pengetahuan kita dapat diperbaiki dan otak kita dikerah untuk memegang seoptimum yang mungkin ilmu yang telah kita gapai.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut: Ayat 2-3)
Sang Monyet & Pokok Kelapa
Di sebuah belantara, terdapat seekor monyet yang dipanggil Sang Monyet. Pada suatu hari, Sang Monyet ingin memanjat sebatang pokok kelapa yang paling tinggi di dalam hutan itu. Matahari yang terik kian terasa membahang kepada Sang Monyet.
Namun, niatnya untuk mendapatkan buah kelapa yang dikatakan paling enak di hutan itu mengatasi segalanya. Sang Monyet tersebut gigih memanjat pokok kelapa tersebut. Tiba-tiba, cuaca hari tersebut berubah menjadi rebut petir. Sang Monyet memaut pokok kelapa tersebut dengan erat untuk mengelakkan dirinya terjatuh ke bawah. Destinasinya ke puncak pokok tersebut semakin hampir.
Ribut petir telah reda. Akhirnya Sang Monyet berjaya mengambil buah kelapa yang paling enak di hutan itu. Setelah Sang Monyet memetik sebanyak yang mungkin buah kelapa tersebut, tibalah untuk Sang Monyet turun ke tanah.
Tiba-tiba, datang desir angin yang menyejukkan menerpa Sang Monyet tersebut. Sang Monyet tenggelam dalam keasyikan dengan kedinginan angin tersebut sehingga Sang Monyet itu terlena.
“Dum!!!”
Malang tidak berbau, Sang Monyet itu terjatuh dari pokok kelapa tersebut akibat tangannya tidak memaut batang pokok kelapa itu akibat terlena. Tangan dan kakinya patah.
Kisah Sang Monyet di atas adalah salah satu tamsilan hakikat ujian dalam kehidupan kita. Ramai insan yang lalai apabila diberi ujian kesenangan berbanding dengan kesusahan.
Manusia perlu ujian dalam hidup untuk menjadikan dirinya lebih dekat dengan Allah dengan memperbaiki dirinya.
Sahabat sekalian, mari kita fahami dan hayati hakikat peperiksaan yang bakal ditempuhi bukanlah satu penderaan mental atau menjadikan personality diri kita sebagai ‘exam oriented’. Sama-sama kita mengambil sudut pola fikir yang positif bahawa dengan adanya peperiksaan, ia dapat memperkukuhkan ilmu kita untuk kita sumbangkannya kepada ummah kelak.
Teladani Mereka yang Terdahulu
Masih kita ingat nama-nama para ilmuwan Islam seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Razi dan ramai lagi tokoh ilmuwan Islam yang lain?
Ibnu Sina berjaya mempelopori ilmu perubatan sehingga kini Barat menjadikan karangan tulisannya sebagai sumber utama dalam bidang perubatan.
Al Razi terkenal sebagai bapa kimia. Buku besarnya yang berjudul “Kitabul Asrar” telah telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona. Buku ini terus merupakan sumber paling penting dalam pengajian Kimia.
Di antara disiplin ilmu yang dipeloporinya ialah penyelidikan-penyelidikan tentang kalsinasi (calcination) dan mengembalikan logam kepada asalnya dengan menggunakan oksigen. Begitu juga beliau telah memperbaiki cara-cara pengewapan, sublimasi, peleburan, dan penghabluran atau kristalisasi. Beliaulah yang telah membancuh asid asitik, asid sulfurik dan asid nitrik. Beliau juga telah menemui bahawa emas dan perak boleh hancur dalam campuran asid sulfurik dan nitrik. Antara kejayaan-kejayaannya lagi ialah Jabir telah menemui berbagai-bagai bahan kimia. Beliau telah berjaya mengasingkan batu cetak (antimony) dan warangan (Arsenic) dari sulfide.
Tidak kurang hebat ilmu yang ada pada Al-Khawarizmi, bapa algebra (Al-Jabar). Beliau memperkenalkan beberapa prinsip asas kaedah ilmu algebra dan geometri,matematik,ilmu ukur dan ilmu bintang.Antara kaedah ilmu algebra dan geometri yang diperkenalkan beliau ialah konsep empat segi dan tiga segi. Prinsip tersebut dipakai oleh semua pihak sehingga ke hari ini.
Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.
Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan. Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.
Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang. Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.
Umat Islam pasti Cemerlang
Sahabat sekalian, dengan ilmu yang mereka ada, mereka meguasai sebaik-baiknya dan member sumbangan kepada Islam. Mereka menjadikan ilmu tersebut sebagai wasilah (jalan) untuk mereka dekat dengan Alla swt.
Ayuh kita bangkit rasa mulia dengan Islam kita dengan menjadikan diri kita berjaya di dalam bidang yang diceburi untuk memberi sumbangan kepada Islam.
Ikuti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi, semakin banyak ilmu kita pelajari, semakin kita kenal hakikat diri kita sebagai hamba Allah swt.
Bittaufiq wannajah fil imtihan!!! Mumtaz untuk ummah!!!
SELAMAT MAJU JAYA SAHABAT SEKALIAN!!!
Karya:
Halimaton Solehah binti Mohamed
Jawatankuasa Aktivisme Mahasiswa,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Terengganu

………………………………………………………………………

0 comments:
Post a Comment