Jika ada yang perasan sejak kebelakangan ini bila kita ‘log in’ facebook akan keluar berita:
‘Baru tadi sepupu saya meninggal dunia’
‘Dapat berita housemate yang paling baik pernah aku jumpa meninggal kemalangan’
‘Tinggal beberapa hari lagi result spm2013 akan keluar. Dia telah dijemput Ilahi’
‘Al-Fatihah buat adik aku’
Inna lillahi wa inna ilahi rojiu’n
Boleh dikatakan setiap minggu atau mungkin saban hari berita kematian. Mungkin kita sahaja yang tidak tahu kerana pengetahuan dan ilmu kita yang terhad. Walaupun sekarang merupakan era globalisasi dengan penggunaan internet tanpa had tetapi masih tidak semua berita akan kita peroleh jika tanpa keizinan dan kehendak dari Pencipta Alam.
Di kala kita sibuk mengendalikan atau menghadiri program. Di kala kita sedang menghadapi peperiksaan. Di kala kita sedang menjalani ujian memandu atau kelas memandu. Berita ini akan tersebar tanpa mengira keadaan mahupun waktu. Boleh jadi juga perkara ini terjadi pada ahli keluarga, kawan, jiran, sultan, mahupun perdana menteri. Ia akan berlaku pada sesiapa walaupun kita kenal orang tersebut seorang yang sehat wal afiat dan cergas. Perkara ini tidak boleh dilewatkan mahupun dipercepatkan.
‘Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang telah ditetapkan. Maka apabila datang tempohnya tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan’
(Surah al-A’raf 7:34)
Bila sebut soal kematian segelintir manusia menunjukkan muka gerun.sedih.belum bersedia. Seolah-olah mereka ‘ada kuasa’ untuk menentukan ajal mereka dan ‘mampu’ menahannya. Inilah yang dibimbangkan apabila dalam hati manusia yang diselaputi dengan rasa ‘WAHAN’ iaitu cintakan dunia takutkan mati. Cintakan harta takutkan mati. Cintakan pangkat takutkan mati. Cintakan orang tersayang takutkan mati. Apa yang lebih menyedihkan lagi soal jodoh,cinta, pasangan lebih dikuatiri dari soal ajal maut.

‘Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Dan semi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu berfikir?’
(Surah al-An’am 6:32)
Segelintir manusia sibuk mencari rezeki, mengumpul duit untuk kesenangan keluarga dan diri sendiri. Itu semua tidak salah. Malah islam menggalakkan penganutnya berusaha mencari rezeki. Tetapi yang menjadi persoalannya. Kita mencari rezeki seumpama harta tersebut boleh dibawa masuk kubur sekali. Dengan solat yang ditinggalkan. Dengan al-Quran jarang sekali malah kadang-kadang dibaca. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila mereka mendakwa yang mereka sering melakukan amal jariah,sedekah serta bina masjid, justeru mereka tidak perlu menunaikan solat.
Lupakah kita bahawa pemimpin umat akhir zaman, Rasulullah s.a.w juga merupakan the superb business man. Dermawan. Maksum. Malah baginda tidak pernah sekelumit untuk rasa sombong dengan tidak menunaikan solat. Malah ditambahkan lagi dengan menunaikan solat-solat sunat hingga bengkak tumit dan kaki baginda. Walaupun Allah telah menjanjikan baginda syurga dan dibenarkan untuk memberi syafaat kepada sesiapa yang layak pada hari kiamat, baginda tidak penah lupa untuk bersyukur. Bersyukur bukan sekadar meniti dibibir dengan ucapan.
‘Syukur Alhamdulillah’
Syukur juga perlu dizahirkan serta dilaksana dengan perbuatan sepertimana yang telah Rasulullah s.a.w tunjukkan.
‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras” ‘
(Surah Ibrahim 14:7)
Berbalik pada topik asal. Mengingati kematian merupakan guru yang terbaik. Agak melucukan apabila terdapat masyarakat suka-suki melabelkan seseorang apabila melihat bagaimana cara seseorang meninggal dunia.

‘Ish,ish,ish…mati kena sambar petir? Mesti anak derhaka ni’
‘Huh? Mati dalam konsert hiburan? Tu lah padahnya buat maksiat’
‘Hah..Mati lemas? Hmm kes tak beritahu mak nak mandi di sungai la ni.’
Siapalah kita untuk mengatakan kematian orang itu begitu dan begini. Boleh jadi dia mati kena petir kerana dalam perjalanan ingin ke masjid untuk solat. Mungkin juga dia ke konsert hiburan untuk mencari adiknya di situ untuk di bawa pulang ke rumah. Boleh jadi dia mati kelemasan sebab nak tolong orang yang hampir nak lemas. Husnu Zhon syeikh. Bersangka baik la cik kak. Bagaimana cara seseorang meninggal itu adalah ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan Allah. Layakkah kita untuk mempersoal kerja Allah? Bahkan kita sendiri tidak tahu bagaimana cara kita akan mati. Adakah Husnul khotimah(berakhir dengan baik) ataupun suul khotimah(berakhir dengan buruk). Adakah kita sempat melafazkan kalimah LA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH sebelum malaikat Izrail mencabut nyawa.
‘Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatnya kepadamu di dunia dan akhirat tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu;-Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan seseuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.’
(Surah An-Noor 24:14-15)
Saat terleka dengan keasyikan dunia, hiburan yang melalaikan, melayan game,movie yang tak sudah. Ketika sibuk mempersiapkan diri, memperbaiki diri, menambah amal untuk menghadapi ajal kematian. Tanpa disangka rupanya ajal kematian itu makin hampir dengan tidak diduga. Mungkin bukan kita. Boleh jadi ia berlaku pada ibu, ayah, kakak, abang, adik, sepupu, nenek, atuk, makcik, pakcik, kawan sekelas, kawan sebilik mahupun rakan serumah. Mengingatkan diri tentang ajal kematian satu hal. Menerima berita kematian pula satu hal lain. Kedua-duanya seakan sama tetapi berbeza dari segi situasi dan keadaan.
Menerima ketentuan takdir, qada’ dan qadar dari Tuhan merupakan perkara yang paling teruji dalam kehidupan seseorang. Di saat itu manusia boleh mengetahui tahap apakah iman mereka. Adakah mereka menjadi hamba yang redha atau kufur selepas kejadian itu? Dalam golongan manakah kita?:
‘Ya Allah, kenapakah kau ambil dia?’
‘Mustahil dia meninggal tanpa sebab langsung?’
ATAU
‘Kami redha ya Allah. Dari Engkau kami datang,kepada Engkau kami kembali’
‘Kami redha ya Allah. Kau lah sebaik-baik perancang’
Subhanallah. Sungguh hebat mereka yang memiliki peribadi menyerahkan segalanya pada Allah yang menentukan segalanya.
‘Rasulullah s.a.w telah bersabda, apabila anak seorang hamba Allah meninggal dunia, Allah s.w.t pun bertanya kepada para malaikatNya:
“Kamu ambil nyawa anak hambaKU?”
Malaikat menjawab, “Benar”
Allah bertanya lagi, “Apa yang telah hambaKu katakan?”
Para malaikat menjawab “HambaMu memuji-muji Engkau dan membaca ayat Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”
Maka Allah pun berfirman kepada para malaikat itu,
“Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah di dalam syurga dan namakanlah rumah itu sebagai ‘rumah kepujian’’
(Hadis riwayat At-Tirmizi)1
Masih adakah antara kita yang mengucap Subhanallah (Maha Suci Allah) apabila mendengar berita kematian? Mungkin ada tapi dalam skala yang kecil. Berapa banyak antara kita mampu mengungkap puji-pujian bagi Allah(Alhamdulillah) setelah mendapat berita kematian. Mungkin ada yang mengungkapnya disebabkan rasa benci dendam kesumat pada orang tersebut. Ish..ish..ish cukuplah tu wahai manusia. Bagaimana pula dengan menyebut kalimah Masha-Allah (Allah Maha Agung)? Pernahkah kita mendengar orang mengungkapnya saat mendengar berita kematian?
‘Kadang-kadang setelah berlaku beberapa abad atas sesuatu peristiwa itu barulah Allah menyingkap tabir rahsia mengenai hikmat yang tersembunyidi sebalik sesuatu peristiwa yang tidak dapat diselami oleh manusia sezamannya, yang mungkin kerap kali bertanya-tanya sesama mereka; Mengapa? Mengapa wahai Tuhan kejadian ini berlaku? Pertanyaan seperti itu dengan sendiri menunjukkan sikap jahil yang lumrah pada orang kafir yang ditolak oleh orang yang beriman yang yakin bahawa tentu ada sesuatu hikmah kebijaksanaan Allah di sebalik kejadian itu’2-Sayyid Qutb
Boleh jadi dengan kematian seseorang telah membuka pintu hati manusia yang dulunya terlalu keras untuk menerima teguran dan kebenaran, telah menjadikannya berubah. Berubah dari 0° ke 270°. Tidak mustahil jika Allah berkehendak perkara tersebut berlaku.
Berkali-kali saya menyeru diri saya,saya,saya, dan anda sama-sama kita perbaiki amal kita. Koreksi diri. Dari jahiliyah kepada Islam secara keseluruhan. Dari baik kepada yang lebih baik.
‘Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya’
(Surah al-Ankabut 29:69)
1) Buku Petunjuk Sepanjang Jalan, Sayyid Qutb; m/s 234
2) Buku Petunjuk Sepanjang Jalan, Sayyid Qutb; m/s 242
Aimi Nabilah Sukor,
Diploma Fisioterapi UniSZA,
Ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UniSZA

0 comments:
Post a Comment