Profil PEMBINA

Visi

"Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam."

Misi

1. Membangunkan jati diri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.

2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah positif dan bermanfaat kepada negara.

3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jati diri.

4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.

5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlamat dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan.

Objektif
  • Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
  • Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
  • Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
  • Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
  • Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
  • Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Agenda

PEMBINA sangat yakin bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada dugaan yang dihadapi oleh golongan belia Islam hari ini.

PEMBINA sangat komited untuk membina kembali jati diri belia sebagai seorang muslim yang beragenda dan sejati.

PEMBINA akan berusaha untuk menangkis serangan liberalisme dan sosialisme dengan melaksanakan kajian ilmiah serta penerangan terhadap bahaya ideologi sesat ini.

Cawangan

PEMBINA telah mempunyai 20 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Persatuan berdaftar

PEMBINA berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09.

Lagu




Dengan nama Allah yang perkasa
Di sana berdiri pemuda
Kekuatan di tangan kita
Mengangkat nusa dan bangsa

Cita-cita kita yang suci
Menjadi inspirasi
Tertegak daulah yang tinggi
PEMBINA membangun negeri

Teraju umat sejahtera
Peninggi nilai jiwa
Membangun seluruh buminya
Untuk redha Tuhannya

PEMBINA menjulang tinggi
Sifat belia sejati
Berwawasan bercita murni
Di bawah naungan ilahi

Semarak kita melangkah
Mengibar panji merdeka
Risalah nabi dibaca
Malaysia kita berjaya

Semaikanlah bakti dan budi
Walau di mana berdiri
Dengan jiwa resmi padi
Kita bersatu hati

Bersatulah Belia Islam Nasional ...

Yuran keahlian

RM5 sahaja

Apa erti RM5 sebagai ahli PEMBINA?

1. Diskaun untuk menyertai program-program PEMBINA seluruh negara.

2. Program istimewa untuk ahli sahaja.

3. Hadiah dan cenderahati yang menarik.

4. Ruangan diskusi dan pembangunan diri khusus untuk ahli sahaja.