[Credit] |
Bungaku muslimah,
Cantik fitrahmu sungguh istimewa,
Menjadi siulan seisi dunia,
Ibarat perhiasan penyeri alam fana,
Sebaik-baik perhiasan yang solehah tentunya.
Memagari diri dengan iman yang sasa,
Berhijab sempurna menutupi yang sewajarnya,
Mengalung malu sebagai mahkota,
Menundukkan pandangan menjaga anggota,
Sopan berakhlak santun dijaga,
Merasakan diri dilihat sentiasa,
Oleh Allah yang Maha Esa,
Merasa 'izzah dengan Islam yang dibawa,
Kerana dialah khalifah si mutiara,
Menjadi qudwah dan duta agama.
Ke mana berjalan duhai bunga agama?
Perhatikan auratmu sebelum bertebaran ke sana,
Labuhkan tudungmu menutupi dada,
Pakai yang ketat di rumahmu sahaja,
Jauhi yang nipis itu sebaiknya,
Kain yang jarang sungguh bahaya,
Simpan yang kecil dan singkat bak kain perca,
Atau berikan pada adikmu sahaja..
Bergincu itu senipis dan selembutnya,
Berbedak usahlah setebal bantal,
Bercelak jangan melingkar-lingkar di hujung mata,
Tanpa mekap pun cantik jua,
Sekadar hilangkan pudar menambah seri muka..
Bukan niat menarik pujian si jejaka,
Atau perhatian si teruna!
Bungaku mawar istimewa,
Bukan islam melarang untuk melawa,
Bukan pula membenci yang indah dipandang mata,
Cuma memelihara sesuai batasan agama,
Sungguh selari dengan fitrah wanita,
Ia memelihara segenap inci maruah kita,
Menutup pintu-pintu syahwat di dunia,
Menghapus lubang-lubang zina,
Mencegah dari akarnya.
Rasailah selamatnya dipeluk cinta-Nya,
Hapuslah ikatan syaitan yang memperdaya,
Menipu kita dengan konsep cantik yang salah sebenarnya,
Aduh,sudah lama syaitan bergembira!
Cantik fitrahmu sungguh istimewa,
Menjadi siulan seisi dunia,
Ibarat perhiasan penyeri alam fana,
Sebaik-baik perhiasan yang solehah tentunya.
Memagari diri dengan iman yang sasa,
Berhijab sempurna menutupi yang sewajarnya,
Mengalung malu sebagai mahkota,
Menundukkan pandangan menjaga anggota,
Sopan berakhlak santun dijaga,
Merasakan diri dilihat sentiasa,
Oleh Allah yang Maha Esa,
Merasa 'izzah dengan Islam yang dibawa,
Kerana dialah khalifah si mutiara,
Menjadi qudwah dan duta agama.
Ke mana berjalan duhai bunga agama?
Perhatikan auratmu sebelum bertebaran ke sana,
Labuhkan tudungmu menutupi dada,
Pakai yang ketat di rumahmu sahaja,
Jauhi yang nipis itu sebaiknya,
Kain yang jarang sungguh bahaya,
Simpan yang kecil dan singkat bak kain perca,
Atau berikan pada adikmu sahaja..
Bergincu itu senipis dan selembutnya,
Berbedak usahlah setebal bantal,
Bercelak jangan melingkar-lingkar di hujung mata,
Tanpa mekap pun cantik jua,
Sekadar hilangkan pudar menambah seri muka..
Bukan niat menarik pujian si jejaka,
Atau perhatian si teruna!
Bungaku mawar istimewa,
Bukan islam melarang untuk melawa,
Bukan pula membenci yang indah dipandang mata,
Cuma memelihara sesuai batasan agama,
Sungguh selari dengan fitrah wanita,
Ia memelihara segenap inci maruah kita,
Menutup pintu-pintu syahwat di dunia,
Menghapus lubang-lubang zina,
Mencegah dari akarnya.
Rasailah selamatnya dipeluk cinta-Nya,
Hapuslah ikatan syaitan yang memperdaya,
Menipu kita dengan konsep cantik yang salah sebenarnya,
Aduh,sudah lama syaitan bergembira!
Nukilan : Nor Hidayah Ab Aziz.
JK Pemb. Sumber Manusia PEMBINA KT.
JK Pemb. Sumber Manusia PEMBINA KT.
Graduan UMT dalam jurusan Ijazah
Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan).
0 comments:
Post a Comment