Yang masih mencari,
mencari arah tujuan hidupku,
Yang umpama layang2 terputus talinya,
Tiada arah tujuan..
Siapa aku,
Disaat usia remajaku,
Sahabat yg lain sibuk mencari pasangan hidup,
Sehingga terdetik rasa cemburu,
Utk merasai nikmat yg sama,
Utk dicintai dan disayangi..
Namun....
Hatiku seakan2 memberontak,
Bukan ini yg aku cari,
Bukan ini yg ku mahu,
Siapa aku,
Disaat hati ingin memulakan langkah penghijrahan,
Dugaan dan ujian dtg menimpa,
Tdk sanggup utk aku meneruskan,
Namun....
Aku tidak kesunyian,
Masih ada insan yg sudi menghulurkan tangan,
Disaat yg lain mula menjauh dariku..
Siapa aku,
Aku memulakan langkahku,
Dengan menjauhi sgla laranganNya,
Dengan berusaha menutup aurat dgn sempurna,
Walaupun sedar diri masih tidak sempurna,
Tiada paksaan daripada sesiapa,
Namun, hatiku berkata,
Inilah tujuan hidupku,
Dlm mencari redha Ilahi,
Yg selama ini,
Aku terleka dgn godaan dunia
Siapa aku,
Akulah serikandi islam,
Siapa aku,
Akulah mujahidah islam,
Aku sudah mempunyai matlamat hidupku,
Matlamat yg sukar utk ditempuh,
Namun akhirnya,
Manis yg dpt dirasai,
Dalam mencapai redha Ilahi..
Nukilan:
Ainul Mukminah bt Adam
Biro Tarbiyah PEMBINA UniSZA
[Credit] |
0 comments:
Post a Comment