dia yang aku kagumi,
sukar untuk dicarikan galang ganti,
sanggup menginfakkan segala hartanya,
demi islam tercinta,
dialah serikandi kesayangan Baginda s.a.w,
siti khadijah binti khuwailid
dia yang aku kagumi,
sanggup hidup dalam kesusahan,
demi mencapai redha Ilahi,
tabah sungguh dia dalam mengharungi ujian,
dengan alunan zikrullah kepada-Nya,
menjadi ibu kepada ayahandanya,
selepas kematian ibu dan kekanda tercinta,
demi membela islam tercinta,
dialah fatimah az-zahra,
puteri kesayangan baginda
dia yang aku kagumi,
menjaga hati demi Ilahi,
menjaga batas pergaulan kerana Ilahi,
namun takdirnya tiada siapa yang ketahui,
mengandung tanpa suami,
dugaan yang hebat dari Ilahi,
sanggup diharungi seorang diri,
demi anak yang dikandungi,
seorang Nabi utusan Ilahi,
dialah Maryam bt imran
dia yang kukagumi,
walaupun dirinya dilimpahkan kemewahan,
namun hatinya tidak pernah terpesona,
hatinya penuh dengan cinta Ilahi,
bukan dengan cinta lelaki,
mempunyai istana di dalam syurga Ilahi,
hadiah dari Tuhan kerana kesabaran hati,
menjaga iman dan takwa kerana Ilahi,
dialah Asiah bt Muzahim
sukar untuk dicarikan galang ganti,
sanggup menginfakkan segala hartanya,
demi islam tercinta,
dialah serikandi kesayangan Baginda s.a.w,
siti khadijah binti khuwailid
dia yang aku kagumi,
sanggup hidup dalam kesusahan,
demi mencapai redha Ilahi,
tabah sungguh dia dalam mengharungi ujian,
dengan alunan zikrullah kepada-Nya,
menjadi ibu kepada ayahandanya,
selepas kematian ibu dan kekanda tercinta,
demi membela islam tercinta,
dialah fatimah az-zahra,
puteri kesayangan baginda
dia yang aku kagumi,
menjaga hati demi Ilahi,
menjaga batas pergaulan kerana Ilahi,
namun takdirnya tiada siapa yang ketahui,
mengandung tanpa suami,
dugaan yang hebat dari Ilahi,
sanggup diharungi seorang diri,
demi anak yang dikandungi,
seorang Nabi utusan Ilahi,
dialah Maryam bt imran
dia yang kukagumi,
walaupun dirinya dilimpahkan kemewahan,
namun hatinya tidak pernah terpesona,
hatinya penuh dengan cinta Ilahi,
bukan dengan cinta lelaki,
mempunyai istana di dalam syurga Ilahi,
hadiah dari Tuhan kerana kesabaran hati,
menjaga iman dan takwa kerana Ilahi,
dialah Asiah bt Muzahim
Nukilan:
Ainul Mukminah bt Adam
Biro Tarbiyah PEMBINA UniSZA
Ainul Mukminah bt Adam
Biro Tarbiyah PEMBINA UniSZA
[Credit] |
0 comments:
Post a Comment