KUALA TERENGGANU, 28 Feb – “ Pelaksanaan islam di Malaysia belum secara menyeluruh lagi. Kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan perlu dibuat oleh generasi umat islam negara ini yg memahami hakikat amar makruf nahi mungkar”, demikian ujar saudara Mohamad azran Faris Mohamad Azemi, Pengerusi Persatuan Belia Islam (PEMBINA) cawangan Kuala Terengganu dalam Sembang Santai baru-baru ini.
“Dalam perlembagaan kita sendiri tiada tertera perkataan sekular. Malah, dalam Perkara 3(1) telah menegaskan bahawa Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan atau dalam erti kata lain sebagai agama negara. Namun, pada masa yang sama agama lain boleh diamalkan”, jelas beliau lagi.
Terimalah bahawa Malaysia adalah negara islam yang masih belum sempurna. Tetapi, janganlah kita sendiri orang Islam melabel negara kita sebagai sekular atas asbab ketidaksempurnaan ini. Letakkanlah keyakinan bahawa identiti Malaysia ialah Islam dan kerja-kerja pengislahannya sudah semestinya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Itulah peranan kita sebagai pemuda-pemudi di Malaysia ini, tegas beliau lagi.
Program yang berlangsung selama dua jam di Kafe Halimatun Saadiah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ini tidak hanya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswa dan mahasiswi UniSZA, malah terdapat juga pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang turut hadir sebagai tanda cakna terhadap isu yang dibincangkan.
0 comments:
Post a Comment