TAHUKAH
ANDA!!
Seramai 1.5 Juta etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang
daripada Burma sejak daripada tahun 1942 lagi. Seawal tahun 1942 juga, terdapat
lebih kurang 200,000 etnik di Burma tetapi kini yang tinggal hanyalah sekitar
100 lebih sahaja.
Jika
diselidiki siapakah di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan etnik cleansing
ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa majoriti daripada
kerajaan dan tentera adalah daripada etnik Maghs. Mereka bukanlah
penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 1200-1500
tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan merupakan
susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik Maghs
telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.
Kredit |
Mana-mana
etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu berhadapan
dengan penghapusan etnik. Dalam pada itu, proses ini secara tidak langsung
menetapkan satu pemaksaan prinsip-prinsip de-muslimazation
kepada etnik Rohingya. Ataupun dengan kata lain, kalau ingin kekal di Burma maka
tolong murtad! Ini bertentangan dengan prinsip agama Islam dan Rohingya
terpaksa menolaknya. Hasil penolakan oleh etnik Rohingya terhadap Burmanization dan de-muslimization ini, maka
kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Maghs telah menjalankan satu
proses yang dinamakan Rakhine Pyi pada tahun
1974 dengan memberi taraf kerakyatan kepada etnik Maghs yang beragama buddha di
Arakan dan tidak mengikritaf kerakyatan etnik Rohingya.
Perspektif
kejadian di Burma perlu dilihat dari kerangka bangsa dan agama. Ia adalah racism
dan itulah hakikat sebenarnya. Perspektif ini sering dinafikan kerana dikatakan
sebagai satu perspektif yang negatif dan pesimis. Namun begitu, perspektif
inilah yang mendasari umat Islam di Palestine, di Burma, di China, di Thailand,
di Filipina dan mana-mana pelosok dunia yang mempunyai pembantaian ke atas umat
Islam.
Bagaimana
dengan kita di Malaysia? Sensitif ,
sedar atau masih terlena diulit mimpi. Usah
dianggap nasib malang yang menimpa mereka sebagai musibah semata-mata..Lihatlah hikmah
yang ada disebaliknya agar kita lebih bermuhasabah. Jika orang Melayu Islam di
Malaysia tidak bersatu, berhati-hati dan bersungguh menjaga kuasa dan
keharmonian negara, maka tidak mustahil kejadian yang berlaku pada Rohingya
berlaku juga di Malaysia.
Rujukan :
Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Unit Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Biodata penulis :
-Azizan Bin Mohd
-Azizan Bin Mohd
-Berasal dari Kemaman
-Timbalan Pengerusi PEMBINA cawangan Kuala Terengganu.
Status :
Sudah berkahwin & mempunyai sepasang cahaya mata.
Penulis (kanan) bersama staf di Klinik Kesihatan Seberang Takir. |
Kerjaya:
-Pegawai Farmasi di Klinik Kesihatan Seberang Takir, K. Terengganu
Latar belakang pendidikan:
- Bc Hons Universiti Sains Malaysia
- MRSM Kuantan
0 comments:
Post a Comment