نَّحۡنُ
نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ
بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى ١٣
Kami ceritakan
kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu
orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka
dengan hidayat petunjuk. (al-Kahfi: 13).
Inilah kisah yang menjadi santapan generasi
demi generasi umat Islam sejak dahulu sehinggalah ke hari ini. Kisah yang
memaparkan keteguhan pemuda-pemuda kahfi dalam mempertahankan akidah suci yakni
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”. Akhirnya mereka mengambil tindakan
untuk menyembunyikan diri mereka di dalam sebuah gua daripada diburu oleh
tentera-tentera kerajaan kufar ketika itu. Demikian, satu bukti bagi
menjelaskan kehebatan golongan pemuda dalam perjuangan suci ini daripada sumber
kitabullah, al-Quran.
Usia muda hanya sekali
Usia muda hanya sekali
Wahai pemuda Islam sekalian, ketahuilah bahawa usia muda ini
hanyalah sementara sahaja. Lambat laun jika alpa dalam mengendalikannya akan
menimbulkan satu penyesalan yang sangat besar apabila berada di hadapan
Pencipta kita kelak. Pada waktu inilah segala kekuatan dapat dijanakan dan
akhirnya dapat menghasilkan satu kejayaan yang sangat besar.
Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan kejayaan islam
menguasai dunia tidak lama dahulu adalah diterajui oleh golongan pemuda Islam
yang telah melalui proses tarbiyah yang sangat berkesan sehingga dapat
membentuk jiwa bersedia untuk berjuang sehingga mencapai keredhaan Allah.
Antaranya pada zaman Rasulullah sendiri, seorang pemuda bernama Mus’ab bin
Umair. Hasil daripada proses pentarbiyahan yang telah dilakukan oleh
Rasulullah, Mus’ab telah dihantar ke Madinah bersama-samanya adalah kumpulan
orang Madinah yang telah memeteraikan perjanjian aqabah pertama dengan
Rasulullah iaitu seramai 12 orang. Diceritakan bahawa ketika di Yathrib, Mus’ab
menjalankan tanggungjawab dakwahnya dengan mengetuk pada setiap pintu-pintu
rumah penduduk di sana, sehingga tiada yang terkecuali. Kesannya ternyata
apabila kita dapat buktikan dengan pertambahan bilangan kumpulan orang Madinah
yang datang untuk berbaiah dengan Rasulullah SAW dalam perjanjian aqabah kedua,
iaitu seramai 73 orang lelaki dan 2 orang wanita. Nah, hebat bukan, peranan
pemuda dalam penyebaran dakwah Islam ini. Namun ini hanya secebis contoh
daripada sirah, sebenarnya sangat banyak kisah-kisah yang telah diukirkan oleh
pemuda-pemudah Islam generasi awal ini.
Ibrah kisah perjuangan
as-Syahid Hassan al-Banna rhm.,
Jika dilihat kepada contoh yang lebih kontemporari, iaitu
as-Syahid al-Hassan al-Banna. Cuba perhatikan sejarah hidup perjalanan beliau,
kita dapati beliau menggerakkan perjuangan dakwah Islam ini bermula pada usia
mudanya (Ketua di dalam persatuan akhlak mulia sewaktu di sekolah menengah) dan
berterusannya sehingga beliau dapat mengasaskan jamaah Ikhwan Muslimin yang lagi
kekal sehinggalah sekarang.
Ketika itu beliau menghadiri satu pertemuan pertama yang
dianjurkan oleh sebuah cawangan Ikhwanul Muslimin baru iaitu di Bahr al-Saghir
(salah satu daerah di Mesir). Apabila as-Syahid
melangkah masuk saja ke dalam pejabat Ikhwan, semua orang yang hadir
kebanyakannya yang sudah berumur dan terdiri daripada ramai pemimpin, ulama,
orang kenamaan dan berpengaruh dan termasuk juga penduduk tempatan memberi
senyuman sehingga menimbulkan kehairanan beliau. Ditanyakan kepada sahabatnya
iaitu Ketua cawangan Ikhwan daerah ini, Syeikh Mustafa al-Toir tentang perkara
ini. Maka jawab sahabatnya itu bahawa hadirin yang hadir menyangka bahawa
pengasas kepada Ikhwan Muslimin ini adalah seorang yang bertubuh besar, yang
tua dan hebat rupa parasnya. Tetapi rupa-rupanya merupakan seorang pemuda yang
belum mencecah 25 tahun.
Batu-bata kebangkitan
Islam
Wahai pemuda & pemudi Islam,
ayuh segerakan langkahmu untuk terlibat dalam projek yang mulia ini. Pastikan
kitalah salah satu batu-bata yang melengkapkan binaan kejayaan Islam ini. Yakinlah
bahawa bendera kebenaran itu akan pasti menang jua, walaupun dilihat kebatilan
seolah-olah mampu meneggelamkannya; Allah SWT berfirman:
بَلۡ
نَقۡذِفُ بِٱلۡحَقِّ عَلَى ٱلۡبَٰطِلِ فَيَدۡمَغُهُۥ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٞۚ
وَلَكُمُ ٱلۡوَيۡلُ مِمَّا تَصِفُونَ ١٨
“Malah Kami lontarkan kebenaran ke atas kepalsuan
lalu ia mengalahkannnya dan tiba-tiba kepalsuan it uterus lenyap”. (al-Anbiya’:
18)
Persoalan di akhir kalam ini: bagaimanakah
untuk pastikan kita menjadi salah satu batu-bata kebangkitan Islam ini? Jawapan
saya adalah…… Jumpa di penulisan saya yang akan datang. In Shaa Allah.
Gambar dirakam ketika penulis menyertai misi bantuan mangsa banjir di Kota Bharu, Disember 2014. |
Biodata penulis :
- Mohamad Azran Faris Bin Mohamad Azemi
- Berasal daripada Kota Bharu, Kelantan.
- Merupakan Pengerusi PEMBINA caw. K. Terengganu.
- Menerima pendidikan peringkat menengah di MRSM Kuala Lipis (2003-2006), MRSM Kuala Berang (2006-2007), seterusnya ke Kolej MARA Kulim (2008-2009). Melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 2009-2012 di UMT. Kini sedang dalam pengajian peringkat sarjana juga di UMT.
- Tokoh yang disanjungi beliau adalah Sultan Muhamad Al- Fateh, pembuka kota Konstatinopel.
- Mohamad Azran Faris Bin Mohamad Azemi
- Berasal daripada Kota Bharu, Kelantan.
- Merupakan Pengerusi PEMBINA caw. K. Terengganu.
- Menerima pendidikan peringkat menengah di MRSM Kuala Lipis (2003-2006), MRSM Kuala Berang (2006-2007), seterusnya ke Kolej MARA Kulim (2008-2009). Melanjutkan pengajian dalam Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) 2009-2012 di UMT. Kini sedang dalam pengajian peringkat sarjana juga di UMT.
- Tokoh yang disanjungi beliau adalah Sultan Muhamad Al- Fateh, pembuka kota Konstatinopel.
0 comments:
Post a Comment