Bulan ramadhan merupakan
satu-satunya bulan Islam yang menjadi tumpuan bagi setiap umat Islam pada
setiap tahun. Kemeriahan bulan Ramadhan akan dirasai pada setiap kali
berakhirnya bulan syaban dan tibanya bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan jugalah
segala persiapan dilakukan oleh setiap umat Islam bagi menghadapi ketibaannya kerana
bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan bulan bagi umat Islam untuk
memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t. selain itu, pada bulan ramadhan
juga telah dijanjikan Allah s.w.t. pahala serta ganjaran yang berlipat kali
ganda untuk hamba-hambaNya. Betapa besarnya fadhilat bulan Ramadhan ini dapat
difahami daripada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari
dan Imam Muslim yang bermaksud : “Apabila masuk bulan Ramadhan, maka
dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu semua
iblis dan syaitan”.
Namun, sebagaimana yang dilakukan oleh
kebanyakan masyarakat Islam kini, apabila datangnya bulan Ramadhan, apa yang
menjadi keutamaan yang dibicarakan adalah berkaitan dengan persiapan hari raya,
berbagai juadah untuk dijadikan Santapan berbuka puasa dan sebagainya.
Hakikatnya, segala persiapan yang dilakukan oleh umat Islam bukan sahaja
bersedia untuk berpuasa selama sebulan serta solat terawih malah segala rutin harian
berubah dalam melaksanakan amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan. Persiapan
juadah pada setiap kali untuk berbuka puasa dan bersahur menjadi keutamaan
setiap kali menyambut bulan Ramadhan. Berpuasa selama sehari lebih kurang antara
13 hingga 14 jam menahan diri daripada lapar dan dahaga tidak dinafikan bahawa
ianya menuntut keinginan manusia untuk membeli pelbagai jenis makanan
terutamanya di bazar Ramadhan. Hal ini telah membawa kepada pembaziran apabila
apabila setiap kali tibanya bulan Ramadhan, jumlah makanan yang dibuang akibat
berlebihan semakin bertambah pada setiap hari. Pembaziran yang dikatakan ini
apabila sisa-sisa makanan yang dibuang oleh masyarakat Islam itu sendiri
disebabkan terdapatnya sisa makanan yang berlebihan sama ada oleh penjual
mahupun pembeli.

Oleh itu, jelaslah bahawa amalan
pembaziran merupakan suatu amalan yang perlu dielakkan dalam bulan Ramadhan
khususnya. Hakikatnya, umat Islam perlulah memahami dan mengetahui fadilat
sebenar bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia. Bulan Ramadhan perlulah
dihiasi dengan pelbagai ibadah seperti bertadarus al-Quran, solat sunat
terawikh, Qiamullail, bersedekah, dan
banyak lagi yang menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah
s.w.t. selain malam lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir pada bulan
Ramadhan. Oleh itu, sama-samalah kita sebagai umat Islam membetulkan niat dan
memanfaatkan bulan Ramadhan yang hanya singgah sebulan sahaja dalam setahun dengan
sebaik-baiknya demi mendapatkan keredhaanNya.
Biodata penulis :
Nama : Khairah hamizah binti md asari
Usia : 22 tahun
Asal : Johor
Usia : 22 tahun
Asal : Johor
IPT : Unisza
Hobi :Susun atur dan membaca
Cita-cita : Peguam/pegawai syariah
Tokoh yang dikagumi :As-syahid Hassan al-banna
Hobi :Susun atur dan membaca
Cita-cita : Peguam/pegawai syariah
Tokoh yang dikagumi :As-syahid Hassan al-banna
0 comments:
Post a Comment